Cukuplah Sekali-JJ

Isnin, 6 Februari 2012

10,000 penonton konsert terpukau



SITI Nurhaliza membuat persembahan semasa konsert bertemakan 'Muhammad Al-Ameen' sempena sambutan Maulidur Rasul di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 5 Feb. - Datuk Siti Nurhaliza membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila berjaya menghiburkan lebih 10,000 penonton yang hadir menyaksikan konsertnya di Taman Tamadun Islam di sini malam tadi.
Konsert percuma bertemakan 'Muhammad Al-Ameen' yang dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah itu menggabungkan dua nama besar daripada dua genre berbeza iaitu Siti dan Kumpulan Rabbani yang juga penganjur bersama persembahan itu.
Pengunjung ternyata tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahan hebat artis popular itu yang turut menampilkan Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus.
Tidak hanya menyaksikan persembahan nyanyian dan nasyid, penonton dihiburkan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair daripada Siti yang bertemakan sifat dan keperibadian Rasulullah SAW.



Konsert anjuran bersama kerajaan negeri, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan Rabbani Productions Sdn. Bhd.dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Alunan merdu gabungan suara Siti dan Rabbani menerusi lagu 'Muhammad Al-Ameen' memukau kehadiran penonton di samping persembahan solo Siti menerusi lagu 'Cindai Muhammad Al-Amin' dan 'Rasul Junjungan.'
Siti yang ditemui berkata, konsert seumpama itu bukan kerjasama pertama antara beliau dengan Rabbani, malah pernah menjadi penyanyi jemputan pada sambutan Maulidur Rasul di Selangor serta Kuala Lumpur.
Beliau berharap mesej penghayatan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW yang disampaikan melalui lagu, gurindam dan syair dapat dihayati pengunjung.
"Penyampaian lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan bukan melalui konsert sebegini sahaja, malah album sebelum ini, Tahajjud Cinta banyak memperdengarkan lirik dan irama kerohanian seperti lagu Ya Rasulullah, Ketika Cinta Memanggil, Asma Ul Husna dan Pintu Raudah.
"Album yang memuatkan 10 lagu itu mencatatkan jualan lebih 10,000 unit dan saya harap ia boleh pergi lebih jauh pada masa akan datang kerana lagu sebegini ada peminatnya tersendiri," katanya.

Sumber:utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...