Ahad, 12 Februari 2012

Boeing 787 Dreamliner tiba di Singapura


11 Februari 2012
Boeing 787 Dreamliner tiba di Singapura
KUALA LUMPUR - Pesawat penumpang saiz sederhana baharu Boeing, 787 Dreamliner, yang tiba di Singapura hari ini, akan dipamerkan di
Singapore Airshow antara 14-17 Februari.

Pesawat Dreamliner itu mempamerkan keupayaan jarak jauhnya beberapa hari lepas, terbang tanpa henti dari Boeing Field di Seattle ke Suvarnabhumi
International Airport di Bangkok dengan jarak kejauhan 7,679 batu (12,358 km).
Model 787 itu, jenis pesawat baharu pertama abad ke-21, menerima lebih 800 tempahan daripada syarikat penerbangan di seluruh dunia, kata Boeing dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah pesawat itu kini sedang dalam rangka jelajahnya selama enam bulan ke seluruh dunia.
Penggemar penerbangan boleh mengikuti perkembangan tentang jelajah 787 di www.newairplane.com/787/dreamtour. - Bernama

Sumber:sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...