Sabtu, 4 Februari 2012

Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns

HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.
Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.
“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.

“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, katanya pasaran ekuiti di negara ini yang mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu, kini sudah meningkat.
Click Here

“Kami mengambil pendirian ‘neutral’ mengenai pasaran ekuiti di Malaysia untuk tahun ini,” katanya.

Sumber: Harian metro http://www.hmetro.com.my/articles/HargaemasjangkacecahRM6_000satuauns/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...