Khamis, 9 Februari 2012

Kolumnis Saudi hina Islam, Nabi ditahan di KLIA


9 Februari 2012
Hamza Kashgari
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama

Sumber:sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...