Nampaknya, demam Bollywood di negara masih belum berlalu apabila filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, Kuch Kuch Hota Hai yang disiarkan pada 12 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta penonton.

Kuch Kuch Hota Hai terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan cerita menarik malah keserasian pelakon-pelakon dalam filem hindi 'box office' tahun 1998 ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Walaupun sudah 14 tahun sejak ditayangkan, peminat filem arahan pengarah tersohor, Karan Johar ini masih lagi mengingati jalan cerita malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagunya hingga ke hari ini.

Tentunya dengan sambutan hangat penonton terhadap filem-filem hindi yang disiarkan, tidak mustahil banyak lagi filem-filem hindi 'box office' lain akan ditayangkan untuk tontonan semua.

Sumber:MH