Selasa, 14 Februari 2012

Tanda-tanda Penyakit Misteri


Kebelakangan ini semakin ramai yang menghidap penyakit yang dikatakan misteri disebabkan punca penyakit yang tidak dapat dikenal pasti secara jelas. Terdapat juga pesakit yang gagal dirawat dengan kaedah rawatan moden. Untuk memberikan gambaran berkaitan penyakit misteri ini, kami senaraikan tanda-tandanya seperti berikut:
  • Malas melakukan rutin harian seperti bekerja, belajar, solat, berzikir dan tilawah al-Quran dan sebagainya.
  • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat al-Quran yang selalu dibaca di dalam solat, lupa doa yang dihafaz dan was-was.
  • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti kehidupan harian termasuk seks.
  • Mimpi buruk, mimpi ngeri, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
  • Kerap bermimpi binatang seperti anjing hitam,tikus,ular, kucing hitam, kala jengking atau binatang berbisa lainnya.
  • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
  • Gangguan semasa tidur, seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, terasa ditindih sehingga sukar bernafas dan bersuara.
  • Sering mengantuk tidak mengira masa.
  • Hilang selera makan dan berat badan.
  • Suka menyendiri, suka termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
  • Kerap migrain, pening kepala, selesema berpanjangan, gastrik atau menghidap penyakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan moden.
  • Letih luar biasa.
  • Daya tumpuan merosot.
  • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
  • Rasa bersalah, hampa, kecewa, rasa tidak berguna dan terasa ingin mati.
  • Kesan lebam di peha, betis atau lengan.
  • Cepat marah dan benci secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
  • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
  • Terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam badan atau perut.
  • Ternampak lintasan, bayangan sesuatu yang pelik.
  • Terdengar suara, bisikan atau suara yang menakutkan.
  • Terasa seperti diperhati atau diintai.
  • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau serama sejuk semasa di dalam rumah.
  • Melihat binantang berbisa seperti ular, kala jengking atau lipan di dalam rumah.
  • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai di dalam rumah. kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
  • Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, iakan mati dengan kadar cepat atau selalu sakit.
  • Anjing selalu menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.
Itulah sebahagian di antara tanda-tanda yang dikatakan penyakit misteri. Jika anda mengalami gejala-gejala di atas samada semuanya atau sebahagiannya, cepat-cepat dapatkan rawatan secara Islam.

Sumber:penawar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...