Sabtu, 9 Jun 2012

BEKAM & khasiatnya


FAKTA BEKAM

Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu Berbekam

-  Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam

1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam 

-  Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

-  Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Sumber Maklumat: Berita Harian
Sumber diambil:pmr penerangan
76 Penyakit yang boleh di sembuhkan melalui kaedah bekam (Sunnah Nabi SAW) 

1) Kegemukan 2) Penyakit kaki gajah 3) Sakit pinggang 4) Sakit perut 5) Sembelit 6) Gangguan jantung 7) Radang perut 8) Alergi makanan 9) Sengal tulang 10) Sesak nafas 11) Asma 12) Insomnia 13) Cirit birit 14) Kejang otot 15) Kencing manis 16) Gangguan pundi 17) Menggigil 18) Kencing malam 19) Tonsil 20) Gatal-gatal 21) Radang usus besar 22) Stress 23) Gangguan pundi hempedu 24) Pusingan haid tidak teratur 25) Masalah Ginjal 26) Tekanan darah tinggi 27) Sakit lutut dan sendi 28) Sakit kaki 29) Sakit tulang belakang 30) Gangguan jiwa3 1) Stroke 32) Gout 33) Rematoid 34) Bisul 35) Kurang imun 36) Sinus 37) Sakit kawasan perut 38) Gangguan rusuk 39) Buasir40) Mandul 41) Kuat tidur 42) Membaiki peredaran darah 43) Pembuluh darah sempit/sumba t44) Sakit punggung 45) Badan kurus 46) Membuang tabiat merokok 47) Sakit bahu/tengkuk 48) Pekak 49) Jangkitan kuman 50) Kurang daya ingatan 51) Kurang fokus 52) Sakit punggung 53) Gangguan pundi 54) Kaki semut-semut 55) Salah urat 56) Lumpuh menyeluruh5 7) Lemah syahwat dan masalah prostat 58) Pening kerana gangguan haid 59) Sakit paha dan tapak kaki 60) Sejuk tapak kaki 61) Tegang/gelisah 62) Tumor otak 63) Lutut yang kaku 64) Gangguan pankreas 65) Kejang-kejang 66 Bisu 67) Penyakit mata68) Berhenti haid 69) Bengkak testis 70) Tekanan darah rendah 71) Penyakit rahim 72) Keputihan 73) Masalah kesuburan 74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 75) Sihir 76) Saka.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari 

Dalil Tarikh Berbekam 
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...