Rabu, 24 Oktober 2012

IdeaPad K1 Tablet Terbaru Lenovo


Lenovo baru saja mengeluarkan komputer tablet terbaru rekaan mereka iaitu Lenovo Ideapad K1 dijual dengan harga RM1499 disertai waranti satu tahun, di datangkan dalam warna Merah dan Putih sahaja untuk pasaran Malaysia. Tablet ini datang dengan berbagai kelebihan, paling utama IdeaPad K1 memuatkan operating system Android 3.1 Honeycomb dengan background kaler biru, skrin 10 inci kapasiti HD dengan keluasan maksima 1280×800 piksel, sambungan WiFi, port mini HDMI untuk sambungan ke alat display lebih besar, ketajaman skrin dikuasakan oleh pemprosesor grafik Nvidia Tegra 2, jangka hayat bateri sehingga 10 jam, flash support. Kegunaannya? Disasarkan untuk pengguna tablet yang banyak berinternet – untuk Facebook, email, Twitter,YouTube,carian maklumat juga untuk games simple seperti Angry Birds. Untuk menaip atau kerja-kerja pejabat, boleh gunakan perisian percuma seperti Documents To Go, di download secara percuma dari Android Market. Dari segi spesifikasi, tak banyak beza dengan Samsung Galaxy Tab 7, Samsung Galaxy Tab 10 atau Samsung Galaxy Tab 7 Plus, bezanya cuma Lenovo IdeaPad K1 murah sedikit dari tablet-tablet Samsung atau Apple iPad 2.

Sumber:http://www.iawani.com/lenovo-ideapad-k1-android-tablet.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...