Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah
pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan
luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab.
Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630,
kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke
India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku
terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya
sampai ke Sepanyol.
Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir dua per tiga
dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam. Budaya
Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama
Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat
besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan.
Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah Matematik Islam
Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan
sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah
kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang
mementingkan soal ilmu pengetahuan.
Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan
Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap.
Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala
orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam lebih
sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas
itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan
cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad.
Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad.
Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai bidang dan
akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani termasuk
manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia
diterjemahkan ke bahasa Arab.
Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma'mun meneruskan usaha ini
pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang
bertahan selama 200 tahun.
Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk
menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan
penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan
seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai
lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan
ilmuan-ilmuan disana.
Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan
mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang
lebih releven.
Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk
perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung
cinta dan sebagainya.
Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk
perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga
disebut sebagai Sunnatullah.
Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu dengan
Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis. Tujuan
mereka adalah Allah.
Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz "Basmalah".
"The mathematicians responded by always invoking the name of God
at the beginning and end of their works and even occasionally referring
to Divine assistance throughout the texts" -(Victor J. Katz)
Terpegun membaca ayat ini. Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam
dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang
mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang
Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya
hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya
berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan
kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math
atau matematik gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum
ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih
belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia.
Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang.
Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam masih diketahui.
Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam sedar yang
tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu
pengetahuan pada masa ini.
Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam
penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara
tersusun dan juga dalam topik Geometri.
Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah
keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk
mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap.
Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.
(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)
Sejarah ditulis oleh pemenang
Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi
nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya
menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam.
Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan
formula-formula matematik.
Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton, Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak diabadikan.
Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan untuk
menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam dilihat
tidak significant dengan Ilmu. Sekadar pandangan.
Ayuh budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju
kehadapan dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam.
Kembalilah kepada Islam.
Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba diakhirnya bertemu dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.
Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/2632-kesan-tamadun-islam-terhadap-dunia-matematik.html
Cukuplah Sekali-JJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...
-
CUKA KURMA Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari...
-
MINYAK ZAITUN MENURUT AL-QURAN & HADIS Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan u...
-
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.