Cukuplah Sekali-JJ

Selasa, 21 Februari 2012

Peraturan Bank Negara jejas teruk jualan kereta


21 Februari 2012
Proton Saga EV
KUALA LUMPUR - Garis panduan kewangan bertanggungjawab baharu Bank Negara Malaysia (BNM) yang diperkenalkan pada November lalu telah menjejaskan jualan Persatuan Peniaga PROTON EDAR Malaysia dengan teruknya, dengan hanya 30 peratus pemohon memperoleh pinjaman dalam dua bulan pertama tahun ini.
Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, pertumbuhan industri automotif bergantung kepada keupayaan pelanggan mendapatkan pembiayaan untuk membeli kereta.
"Jika langkah ini tidak dikaji semula, industri automotif kita, yang menyokong pertumbuhan ekonomi, akan beransur-ansur runtuh, kerana purata penduduk Malaysia tidak berupaya memenuhi garis panduan ini," tegas beliau.
Dalam satu kenyataan hari ini, persatuan itu berkata BNM sepatutnya menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan bank untuk menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan mengadakan prosedur pematuhan yang seragam untuk menjadi rujukan kepada orang ramai apabila membeli kereta.
Armin juga berkata garis panduan baharu itu akan memberi laluan kepada kewujudan "along" dan "ceti" haram serta menggalakkan kewujudan penduduk yang tidak produktif dan menurunkan kadar kelulusan pinjaman kenderaan.
"Apabila bank mengambil langkah yang lebih ketat, ia memberi peluang kepada pertambahan bilangan along dan ceti haram, sedangkan mereka ini sudahpun bermaharajalela walaupun sebelum garis panduan ini diperkenalkan lagi," katanya. - Bernama

Sumber:sinar

1 ulasan:

Terima kasih kerana memberi komen.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...