Ref No: 02/12/07
Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa
membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan
bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam
antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan
Pertukaran Asing 1953, dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang
(pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta
Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.
Selain itu, produk kewangan berlandaskan Syariah, termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diurusniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen adalah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing dengan mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia
16 Februari 2012
© Bank Negara Malaysia, 2012. All rights reserved.
Sumber:BNM