Tarikh: 15 Mac 2012
Bermain sama ada di dalam atau di luar rumah mampu merangsang minda si
kecil. Selain itu, bermain di luar rumah mendedahkan si kecil kepada
sinaran ultra ungu yang mempunyai faedah dan khasiat tertentu untuk
tubuh badan.
Hampir saban hari, anak kecil kita terkurung di dalam rumah. Jadi, sesekali bawa mereka bermain di luar rumah dan lihatlah reaksi wajah mereka. Pasti si kecil terjerit-jerit dan terlompat-lompat keseronokan walaupun di bawah cahaya matahari. Bebas dia rasakan!
Berikut, 20 aktiviti bermain di bawah cahaya :
1. Aktiviti Kreatif
Berikan satu bekas yang mengandungi air, perwarna air dan berus lukisan. Biarkan dia melukis mengikut gerak hatinya pada kertas lukisan. Dan cuaca yang panas yang mengeringkan lukisannya.
2. Bermain Basikal
Bawa anak ke taman permainan untuk mengayuh basikal bersama anda. Lakukan ia seperti perlumbaan dan biarkan si kecil anda berjaya mengalahkan anda. Pasti dia akan teruja dengan aktiviti ini.
Hampir saban hari, anak kecil kita terkurung di dalam rumah. Jadi, sesekali bawa mereka bermain di luar rumah dan lihatlah reaksi wajah mereka. Pasti si kecil terjerit-jerit dan terlompat-lompat keseronokan walaupun di bawah cahaya matahari. Bebas dia rasakan!
Berikut, 20 aktiviti bermain di bawah cahaya :
1. Aktiviti Kreatif
Berikan satu bekas yang mengandungi air, perwarna air dan berus lukisan. Biarkan dia melukis mengikut gerak hatinya pada kertas lukisan. Dan cuaca yang panas yang mengeringkan lukisannya.
2. Bermain Basikal
Bawa anak ke taman permainan untuk mengayuh basikal bersama anda. Lakukan ia seperti perlumbaan dan biarkan si kecil anda berjaya mengalahkan anda. Pasti dia akan teruja dengan aktiviti ini.
3. Kutip Daun Dan Bunga
Mengutip daun dan bunga berwarna-warni dan pelbagai bentuk memang menyeronokkan si kecil. Sambil menghidu bunga, anda boleh mengajar anak tentang warna. Dengarlah cara anak anda bertutur ikut slanga dia. Pasti dia akan belajar sesuatu.
4. Basuhan
Sediakan satu mangkuk yang mengandungi buih mandian (tidak memedihkan mata). Kemudian biarkan dia membasuh anak patung atau pakaian patungnya. Sediakan mangkuk lain untuk dia membilasnya dan biarkan dia menyidai sendiri apa yang dibasuhnya tadi.
5. Tiup Buih
Anda tiup buih, si kecil akan mengejarnya ke sana sini. Pastinya dia akan melompat-lompat untuk mengejar dan mendapatkan buih itu. Aktiviti yang sesuai dilakukan di halaman rumah atau di taman pastinya membuatkan si kecil terhibur.
6. Pencarian Harta Karun
Sediakan hadiah kecil untuk menjadi ‘buruan’ si kecil, kemudian sembunyikannya. Berikan petanda-petanda di mana hadiah itu disembunyikan. Misalnya, katakan hadiah itu di sebalik pasu bunga atau di celah pokok kecil. Tentunya si kecil teruja untuk mendapatkan hadiah misterinya.
7. Tanam Pokok Bunga
Untuk melakukan aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran, ajak anak anda untuk menyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran.
Sebelum itu, pastikan anda menyediakan sarung tangan sebelum anak anda mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga. Bersihkan tangan setelah selesai melakukan aktiviti itu.
8. Segarkan Pokok
Belilah bekas untuk menyiram pokok yang menarik untuk anak anda. Pastikan saiz bekas itu tidak terlalu besar. Pasti dia sukakannya apabila menyiram pokok dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain.
9. Meja Kecil
Untuk minum pagi, sediakan meja kecil berhampiran dengan pokok kecil di halaman rumah. Di meja itu anda boleh makan atau membaca bersamanya. Pasti si kecil seronok sambil makan dapat melihat kehijauan pokok-pokok di halaman rumah.
10. Bakul Bunga
Untuk melakukan aktiviti memetik bunga, sediakan bakul kecil untuk anak anda. Pastinya dia seronok dapat memetik bunga yang berwarna-warni. Bunga yang dipetik di simpan dalam bakul untuk hiasan di meja makan.
11. Melompat
Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastikan ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.
12. Cop Kaki
Sediakan surat khabar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil. Biarkan anak anda berjalan di atas kertas. Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada surat khabar.
13. Bermain Dengan Tangan
Sambil duduk halaman rumah berikan aktiviti yang dapat memberi pendedahan deria sentuhan menggunakan tangan. Susun mangkuk yang mengandungi nasi, jeli, tepung dan gula di halaman rumah. Tutup matanya dan pegang tangannya untuk merasai setiap jenis mangkuk.
14. Permainan Bola
Permainan yang disukai oleh si kecil ialah bermain dengan bola. Ambil bola dan lontarkan ke dalam bakul. Anda juga boleh mengajaknya bermain bola sepak. Pasti si kecil seronok berlari ke sana sini bersama anda.
15. Istana Pasir
Pergi ke pantai seawal pagi. Memang menyeronokkan dapat bermain pasir terutama sekali apabila pergi ke pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata, lakukan aktiviti membina istana pasir. Pasti si kecil teruja untuk melakukan aktiviti ini.
16. Main Sembunyi-sembunyi
Anak anda akan gembira untuk mencari anak di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah. Apabila dia berjaya mengesan anda, terus memeluknya untuk menunjukkan dia berjaya mencari anda.
17. Jaga Kebersihan
Ajarlah anak anda tentang kebersihan. Ajak anak membersihkan rumah. Sediakan bekas plastik untuk mengutip sampah, rumput atau daun kering di sekitar rumah. Anak anda akan sedar akan tanggungjawab menjaga kebersihan halaman rumah.
18. Berenang
Latih anak-anak untuk pandai berenang. Dapatkan jurulatih yang bertauliah. Lakukan aktiviti berenang untuk mendapatkan manfaat cahaya ini. Seeloknya memakai krim pelindung cahaya matahari untuk mengelak kulit daripada mengalami kerengsaan.
19. Senaman
Sediakan pelapik yang lembut untuk anda dan anak anda melakukan aktiviti senaman bersama-sama. Lakukan aktiviti senaman yang ringkas. Ajar cara senaman yang betul kepada anak. Senaman dapat membantu membina kecergasan badan anak anda.
20. Baring Bersama
Aktiviti ini sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan si kecil duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang segara .
Sumber: pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.