Cukuplah Sekali-JJ

Rabu, 24 Oktober 2012

12 kaum yang dibinasakan kerana engkar hukum ALLAH



Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

http://detikislam.blogspot.com

Sumber:harakah

Isnin, 22 Oktober 2012

Fiqh: Yang berkaitan dengan ibadah korban

Zaharuddin Abd Rahman,22 Okt 2012

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat berkorban wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sohih, ertinya:-

“Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk 10 awal (Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  sehinggalah sampai korban dilaksanakan." (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.

Korban dengan Bayar Sedekah Duit Tanpa Wakil Sembelihan


Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih daripada pasar lalu disedekahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, pemberian daging dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya sahaja. Hal ini adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Adalah diingatkan jua agar meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah yang bermaksud:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)

Rabu, 17 Oktober 2012

Amaran kerajaan: Pengambilan antibiotik meningkat, tambah risiko



16 Oktober 2012
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai
PUTRAJAYA - Penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin meningkat dan ini perlu ditangani bagi mengawal  pertambahan kes mangli antibiotik atau 'Antimicrobial Resistance' (AMR).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, situasi itu diburukkan dengan sikap sesetengah pesakit yang meminta dipreskribkan antibiotik kerana sudah terbiasa.

"Apabila mengalami demam mereka sentiasa minta diberi antibiotik sedangkan jenis demam tidak sama... biar doktor  yang diagnos kerana mereka lebih tahu," kata Liow kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengekang AMR peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, kajian juga menunjukkan jumlah antibiotik yang tinggi dipreskribkan oleh pusat untuk rawatan pesakit luar.

"Sesetengahnya tidak perlu kerana banyak jangkitan dalam kes pesakit luar disebabkan virus dan antibiotik tidak berkesan terhadap virus," katanya.

Beliau turut menasihatkan farmasi agar tidak menyumbang kepada masalah itu memandangkan ada pesakit yang lebih suka membeli sendiri antibiotik tanpa mendapatkan preskripsi doktor.

Mengenai kempen itu yang bertema "Combat Antmicrobial Resistance", Tiong Lai berkata, kempen dibahagikan kepada peringkat kebangsaan dan negeri, membabitkan sektor kerajaan dan swasta.

Objektif kempen ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai dan pengamal perubatan mengenai penggunaan antibiotik yang berhemat, katanya. - Bernama


Sumber;sinarharian.

Selasa, 16 Oktober 2012

Felix cipta rekod, terjun dari stratosfera

15 Oktober 2012
Felix cipta rekod, terjun dari stratosfera




Baumgartner mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke ruang stratosfera sebelum melompat keluar dari kapsulnya kemudian terjun ke Bumi.
LOS ANGELES - Penerjun ekstrem Austria, Felix Baumgartner mencipta rekod terjunan angkasa pertama dunia daripada stratosfera kemudian mendarat ke Bumi dengan selamat, kelmarin.
Baumgartner berjaya mendarat di kawasan gurun New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selang beberapa minit selepas melompat keluar daripada kapsul tekanan udara berketinggian 38.6 kilometer (km) dari Bumi.
Terjunan Baumgartner dijangka berkelajuan 1,110 km sejam sebelum mengaktifkan payung terjunnya pada ketinggian 1.52 km dari atas tanah tenggara New Mexico.
Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telah pun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.
Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas beliau gagal minggu lalu akibat masalah angin.
Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.
Selain berjaya mencipta rekod terjunan angkasa, Baumgartner masih mempunyai empat impian rekod dunia lain termasuk menjadi manusia pertama terjun dari kapsul bagi memecahkan kelajuan bunyi dalam terjunan bebas.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/felix-cipta-rekod-terjun-dari-stratosfera-1.94882

Kareena Kapoor akhiri zaman bujang

16 Oktober 2012
Saif Ali Khan - Kareena Kapoor
Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor ketika muncul selepas selesainya sesi pendaftaran perkahwinan mereka. – Foto ihsan gulfnews.com
MUMBAI - Bintang utama Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor melangsungkan perkahwinan mereka, yang dilaporkan dinanti-nantikan dalam dunia filem India, hari ini.

Perkahwinan pasangan itu, yang berkenalan sejak lima tahun lalu, telah didaftarkan di rumah Saif Ali di Bandra di sini, petang tadi.

Laporan media menyebut kawan rapat dan anggota keluarga menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Sebaik sahaja ucapara perkahwinan berakhir, kedua-dua Saif Ali dan Kareena muncul di luar rumah sambi melambai ke arah peminat masing-masing.

Parti perkahwinan diadakan di hotel Taj Mahal Palace.

Saif Ali merupakan anak kepada bekas kapten pasukan kriket Mansur Ali Khan Pataudi dan Sharmila Tagore, yang juga bekas aktres.

Kareena, 32, pula merupakan cucu pelakon dan penerbit filem Raj Kapoor dan anak saudara pelakon Rishi Kapoor.

Kedua-dua ibu bapa dan kakak Kareena juga berkecimpung dalam dunia filem.

"Ia majlis perkahwinan yang diadakan secara pendaftaran dengan tiga saksi iaitu bapa Kareena, Randhir Kapoor, ibunya Babita dan ibu Saif Ali, Sharmila," lapor Press Trust of India yang memetik Pendaftar Perkahwinan, Surekha Ramesh.

Rishi berkata, majlis resepsi akan diadakan Delhi dalam waktu terdekat.

Pasangan itu meminta agar pendaftaran diadakan di rumah mereka dan dikenakan caj.

Saif Ali, 42, telah pun berkahwin dengan aktres Amrita Singh dan mempunyai dua anak yang sudah pun remaja manakala bagi Kareena, ini perkahwinan pertama.

Saif Ali telah berlakon lebih 40 filem manakala Kareena pula sekitar 50 filem.

Sumber:sinar

Rabu, 3 Oktober 2012

Negeri Sembilan turut beri bonus tambahan


3 Oktober 2012
Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN - Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pemberian bonus itu melibatkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.
Beliau berkata sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas sempena Aidilfitri.- Bernama
Sumber:sinar

Adibah Amin Tokoh Terjemahan Negara 2012



Khalidah Adibah Amin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012 kepada Khalidah Adibah Amin. -Foto Bernama
PUTRAJAYA - Bekas wartawan Khalidah Adibah Amin atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin hari ini diumumkan penerima Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012.
Adibah, 76, anak kelahiran Johor itu dipilih berdasarkan sumbangannya membangunkan psikologi pemikiran bangsa menerusi medium terjemahan.
"Saya amat terharu dan berterima kasih...semoga anugerah seperti itu dapat diteruskan untuk mengiktiraf usaha para penterjemah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau menerima wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Adibah, bekas guru, pernah menterjemah buku hasil nurkilan dua Sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad menerusi 'Ranjau Sepanjang Jalan' pada 1972 dan Keris Mas menerusi buku 'Rimba Harapan' pada tahun 2000.
Menyifatkan usaha menterjemah buku Ranjau Sepanjang Jalan sebagai paling sukar dilakukan, beliau lantas mendedikasikan anugerah tersebut kepada penulis buku berkenaan.
"Golongan muda perlu berani terbabit dalam bidang terjemahan untuk memastikan lebih banyak karya terjemahan berkualiti dapat dihasilkan," katanya yang kelihatan uzur, namun tetap menyimpan hasrat menghasilkan lebih banyak karya terjemahan.
Selain aktif dalam bidang penterjemahan, Adibah seorang pencinta Bahasa Melayu pernah menghasilkan novel dan buku bacaan umum antaranya buku 'Seroja Masih Di Kolam' pada tahun 1968 diikuti dengan 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang' (1985), 'As I Was Passing 1' (2006) dan 'As I Was Passing 2' (2007). - Bernama
Sumber:sinar

Masalah Kembung Perut




Rencana Kesihatan – Masalah Kembung Perut

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
NOR AMIRAH APRIL 1, 2012 0

Sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) bukanlah satu penyakit yang kritikal atau serius. Sungguhpun begitu, ia mengganggu aktiviti harian.
Masalah kembung perut mungkin mendatangkan kegusaran kepada empunya diri. Malu berhadapan dengan khalayak ataupun tidak tahu bagaimana menyembunyikan keadaan perut yang seperti membuncit umpama wanita hamil antara alasan utama yang diberikan.
Masalah ini seringkali mengganggu golongan dewasa, lebih-lebih lagi wanita yang berusia 25 hingga 40 tahun. Justeru, mereka sanggup mengenakan baju bersaiz besar atau berwarna gelap bagi menutup perut yang agak buncit.
Pelbagai langkah perubatan dan petua tradisional dilakukan, tetapi saiz abdomen masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kemungkinan seseorang itu mengalami masalah kembung perut adalah disebabkan sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS).
IBS melibatkan beberapa gejala gastro usus atau organ pencernaan yang penting. Ia tidak sama dengan penyakit kolitis ulseratif atau kanser dan IBS tidak menyebabkan kedua-dua penyakit tersebut.
Usus manusia adalah seperti tiub muskular dan kadangkala ia boleh mengecut terlalu kuat disebabkan beberapa perkara.
“IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti sekatan, sumbatan, ketumbuhan atau tumor.
“Keadaan ini serupa dengan kes di mana seorang ahli sukan mendapat kekejangan pada otot kaki. Kejadian itu biasanya mula berlaku pada peringkat awal kehidupan dewasa atau peringkat remaja.
“Pada amnya, IBS bukanlah sejenis penyakit yang kritikal atau serius. Sungguhpun begitu, ia mengganggu aktiviti harian,” ujarnya sambil mengakui kembung perut bukanlah satu masalah serius.
Katanya, ciri-ciri sindrom tersebut dapat dirasai seperti sakit di bahagian abdomen yang kebiasaannya dilegakan oleh pengeluaran angin atau pembuangan air besar, najis bercampur mukus, cirit-birit yang biasanya berlaku pada waktu pagi dan sembelit.
Mengulas gejala penyakit tersebut, Dr. Abdul Malik berkata, setiap orang mempunyai gejala yang tersendiri. Gejala itu mungkin berpanjangan untuk beberapa hari, minggu atau berbulan-bulan.
Walaupun sesuatu gejala utama mungkin lebih ketara berbanding gejala yang lain tetapi gejala yang biasa berlaku adalah cirit-birit dan sembelit.
Spektrum kesakitan pula mungkin berbeza daripada kesakitan yang ringan sehingga sangat teruk. Kehadiran gejala itu kebiasaannya berlaku pada waktu malam ketika hendak tidur.
Adakah disebabkan stres? “Stres atau tekanan adalah perkara biasa dalam kehidupan harian. Ia memberikan banyak pengalaman dalam kehidupan seseorang.
“Keadaan stres yang keterlaluan akan menimbulkan rasa bimbang yang berterusan dan hal ini mungkin akan menyebabkan gejala-gejala penyakit.
“Masalahnya anda mengalami gejala gastro usus yang memerlukan perhatian kerana keadaan yang dialami mungkin penyakit IBS.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...