4 Nov - "gout" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout di akibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.
Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.
Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal.
Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.
Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.
Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, penyakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, kekerapan serangan pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki.
Rawatan penyakit ini melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit untuk keluar dari kesakitan penyakit ini.
Sumber:http://my.entertainment.yahoo.com/news/tanda-tanda-anda-menghidapi-penyakit-gout-233029549.html
Cukuplah Sekali-JJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...
-
CUKA KURMA Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari...
-
MINYAK ZAITUN MENURUT AL-QURAN & HADIS Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan u...
-
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.