Cukuplah Sekali-JJ

Khamis, 12 Disember 2013

Rujuk lamanweb JKM maklumat bantuan yuran taska

3:29PM Dis 11 2013
Ibu bapa yang mahu mendapatkan Bantuan Yuran Pengasuhan Taska yang diumum dalam Bajet 2014, boleh merujuk lamanweb Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my.
  
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terperinci seperti kelayakan serta taska-taska berdaftar di bawah program itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jaspal Singh di Dewan Negara hari ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan bantuan RM250 sebulan untuk ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang ingin menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM.
  
Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Azizah berkata program itu menyasarkan untuk membantu 3,344 kanak-kanak bagi 2014.
  
Beliau juga berkata pada 2013, sejumlah 1,042 taska telah berdaftar dengan JKM, iaitu melebihi sasaran awal 1,000 taska.

- Bernama

Isnin, 9 Disember 2013

Angola tutup masjid, bakar al-Quran

  •  Angola tutup masjid, bakar al-Quran
 1 / 1 
8 Disember 2013
LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut," jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

"Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini," menurutnya.

Khamis, 5 Disember 2013

Asas tangani akses anak-anak kepada pornografi


KEJADIAN anak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melakukan aksi seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun minggu ini amat meluluhkan perasaan kita.

Apatah lagi, hanya baru dua bulan lepas kita masih belum lagi pulih daripada mendengar berita dua beradik lelaki, masing-masing di tahun 2 dan 4, memaksa rakan mereka yang baru memasuki alam persekolahan iaitu di tahun 1, melakukan seks oral, setelah kanak-kanak lelaki itu menonton aksi sedemikian di laman web lucah di komputer. Amat mengejutkan juga bahawa komputer yang digunakan adalah di makmal komputer sekolah.

Ini turut mengguris parut luka lama mengingati satu kes yang mendapat perhatian ramai di tahun 2001, di mana dilaporkan dua pelajar lelaki sekolah rendah dijumpai melakukan aksi oral seks, dan mereka menceritakan kepada guru bahawa aksi tersebut ditiru daripada sebuah video lucah yang ditonton bersama-sama ibu bapa.

Di mana silap kita?

Terdapat banyak peringkat di mana kita harus memeriksa kembali banyak perkara termasuk sistem pendidikan kita dan ia memerlukan kertas kerja yang panjang. Dalam kesempatan terhad ini, biarlah kita mulakan dengan peranan yang paling penting dan paling mengakar umbi; iaitu peranan ibu bapa.

Prinsip asas tarbiah anak-anak

Menurut kes-kes yang dibentangkan, adalah jelas anak-anak di peringkat sekolah rendah mudah meniru apa yang mereka lihat. Kalau dahulu, televisyen menjadi sumber utama, diikuti dengan lambakan cakera padat (CD) lucah, kini akses melalui talian internet dan telefon pintar menjadi satu sumber yang teramat sukar dikawal.

Klip-klip video pendek melalui laman perkongsian video hiburan seperti Youtube atau Metacafe menjadi rujukan anak-anak. Tambahan pula dengan teknologi terkini melalui perisian Android di telefon pintar, ‘tablet’ atau ‘iPad’, memudahkan aplikasi ini dicapai dengan segera.

Dengan perkembangan di atas, yang juga memudahkan orang dewasa mengakses lebih banyak portal berunsur hiburan, adalah penting bagi ibu bapa menghayati kembali prinsip pendidikan atau tarbiyah kepada diri sendiri.

A) Menapis apa yang ditonton – menjauhi zina mata

Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau “Lahadhat” bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, Rasulullah SAW telah bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud:

”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.

Di dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan begitu juga perempuan dengan perempuan yang lain bercampur dalam satu selimut.”

Soft pornography dan hard pornography

Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai “sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat” adalah HARAM.

Budaya Barat cuba mengkategorikan pornografi kepada bentuk soft pornography dan hard pornography sebagai kriteria pengkelasan untuk filem-filem tontonan umum dan untuk tontonan mereka di bawah umur, tetapi bagi kita umat Islam, kedua-dua bentuk itu adalah haram sama sekali.

Hard pornography adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata.

Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah soft pornography  atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video  klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang menghairahkan.

Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori soft pornography, dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat.

Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara-perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, sebagai contoh mengawal rancangan TV yang kita sendiri tidak wajar tonton, dan tidak membeli CD atau VCD hiburan berbentuk sedemikian, insya ALLAH sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri.

Ingatlah, anak-anak kita masih muda dan umpama tunas yang perlu dijaga sebaiknya. Kajian telah membuktikan bahawa akses kepada bahan pornografi ini membentuk jiwa anak-anak ke arah ketagihan kepada menonton dan seterusnya perlakuan seksual itu sendiri.

Dari sudut perubatan, ketagihan seks mengganggu fungsi otak frontal. Otak frontal berperanan dalam membentuk kemahiran mereka menghujah (reasoning) dan memberi rasional sesuatu perkara, keupayaan menetapkan sesuatu matlamat diri, dan disiplin diri yang tinggi.

Dari segi kejiwaan, anak-anak ini dibelenggu rasa bersalah dan jiwa merasa kacau, tetapi mereka tetap ketagihan. Mereka belum kuat untuk menepis imej-imej yang sentiasa menghantui mereka.

Maka kasihanilah anak-anak kita. Bentuklah disiplin diri yang tinggi dalam diri kita ini untuk menjauhi dosa mata, yang bukan sahaja mendatangkan dosa pada kita malah berupaya menghancurkan masa depan anak-anak.

B) Asas didikan anak-anak menurut ajaran Islam

Setiap ibu bapa harus membekalkan diri dengan ilmu pendidikan anak-anak mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Islam menentukan adanya dosa dan pahala. Bahkan taklif itu adalah ke atas orang dewasa yang telah baligh.

Acuan peradaban Barat sebaliknya menetapkan sesuatu perkara benar atau salah mengikut umur, anehnya filem 18 SX itu halal untuk dewasa. Bagaimana boleh perkara haram yang dinikmati oleh orang dewasa dapat dikekang daripada sampai kepada anak-anak?

Antara rujukan pendidikan anak-anak yang terbaik ialah buku bertajuk Tarbiyatul Aulad karangan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan. Berdasarkan Al Quran dan hadis Rasulullah SAW, beliau menggariskan empat asas pembentukan iman dalam mendidik anak-anak:

1) Memulakan pengenalan anak dengan kalimat “Laa Ilaaha Illallah”

Berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibn Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Mulakan pengenalan kalimat “Laa Ilaaha Illallah” kepada anak-anak kamu.”

Rahsianya ialah supaya kalimat tauhid itu, serta syiar kemasukannya dalam Islam, adalah yang awal mengetuk pintu telinga, yang mula-mula dilafazkan oleh lisan dan yang mula-mula difahami perkataan”.

2) Mengenalkannya pada masa dia mula berakal akan hukum halal dan haram

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibn Munzir daripada Hadis ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Bekerjalah dengan taat kepada Allah, dan jauhilah maksiat-maksiat terhadap ALLAH, dan suruhlah anak-anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan, maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada api neraka.”

3) Menyuruhnya mula beribadat sejak berusia 7 tahun, sebagaimana riwayat Al-Hakim dan Abu Daud drpd Ibn Amru bin Al-Ash bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana tidak bersembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

4) Mendidiknya supaya mencintai Rasulullah SAW dan mencintai keluarga Rasulullah SAW, serta membiasakan diri dengan membaca Al-Quran, sebagaimana riwayat at-Thabarani drpda Ali bin Abu Thalib karamallahuwajhah, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :

Ajarkanlah anak-anak kamu 3 perkara: Mencintai Nabi kamu, mencintai keluarganya serta membaca Al-Quran. Sebab para pembaca Al-Quran berada di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbiya’Nya dan ashfiya’Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah saja.”

Saya sebenarnya tertarik kepada poin 2 yang menjadikan mengenalkan hukum halal haram kepada anak-anak suatu asas penting dalam pendidikan mereka.

Ini kerana acapkali saya mendengar pendapat yang mengatakan perkara haram dan perkara dosa tidak perlu diperkenalkan awal kepada anak-anak.

Kepincangan ini kita dapati melahirkan ramai ibu bapa yang mendidik anak-anak darihal solat dan puasa, tetapi tidak mengambil berat darihal perkara yang dikategorikan sebagai haram seperti melihat pelakon berpakaian seksi dari filem-filem, meniru perlakuan tersebut, aspek pakaian dan adab pergaulan lelaki dan wanita yang sewajarnya ditanam awal sejak dari kecil, walaupun taklif dosa belum jatuh kepada anak-anak.

Cuba kita lihat ketelitian ulama terdahulu dalam pendidikan anak-anak mereka:

Al-Jahizh telah meriwayatkan bahwasanya ketika ‘Uqbah bin Abi Sufyan menyerahkan anaknya kepada seorang guru, ia mengatakan,

“Hendaklah yang pertama kali Engkau lakukan untuk memperbaiki anakku adalah memperbaiki dirimu sendiri, karena penglihatan mata mereka adalah tertumpu pada penglihatanmu; apa yang baik pada mereka adalah apa  yang menurutmu dianggap baik, dan yang jelek pada mereka adalah apa yang menurutmu dianggap jelek.

Ajarkanlah kepada mereka biografi orang-orang bijak dan akhlak orang-orang berbudi; ancamlah mereka dengan diriku dan didiklah mereka tanpa membandingkan diriku; jadilah engkau seorang doktor yang tidak memberikan ubat sampai mengetahui penyakit yang diderita; janganlah engkau membatasi dirinya hanya kepada sesuatu yang tidak bisa aku lakukan, kerana sesungguhnya aku telah mempercayakan sepenuhnya akan anakku.” (Tarbiyatul Aulad fil Islam, Abdullah Nasih Ulwan)

C) Ibu bapa menguasai teknologi terkini dan menjadi lebih pintar berbanding gajet pintar

Saya pernah mendengar maklum balas seorang pembaca yang mengatakan, “ajar sahaja anak-anak kita al- Quran, nescaya selamat”. Saya merasakan ibu bapa perlu ilmu yang lebih luas dalam membentuk kemahiran pendidikan anak-anak di zaman ini.

Ibu bapa perlu terkedepan dalam mengetahui perkembangan teknologi atau sekurang-kurangnya mempunyai tahap pengetahuan yang sama dengan anak-anak. Jangan terlalu ketinggalan lantaran kita memandang negatif kemajuan teknologi. Seperti pisau, kemajuan teknologi ada sisi baik dan ada sisi buruknya.

Sebuah kajian di Indonesia pada tahun 2008 menyiarkan fakta bahawa 67% dari responden kanak-kanak telah pun terdedah kepada bahan pornografi melalui internet, permainan komputer dan komik.

Sebahagian besar dapat mengakses kepada bahan-bahan tersebut daripada gajet pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, kebanyakannya sebagai simbol prestij.

Ibu bapa mungkin perlu mengkaji semula hadiah yang sesuai kepada anak-anak, kerana telefon pintar, atau Ipad yang tidak dibekalkan dengan talian internet, masih boleh digunakan oleh mereka tanpa pengawasan kita di premis-premis yang menyediakan wifi percuma.

Timbanglah buruk baik penggunaannya dan tidak perlu kita tertekan dengan orang lain yang menjadikannya sebagai satu lagi status masyarakat.

Saya tidak menafikan anak-anak remaja kini terpaksa melakukan tugasan yang memerlukan penggunaan internet, maka untuk mengharamkan penggunaan internet dan laman sosial adalah sama sekali tidak munasabah.

Saya mencadangkan beberapa perkara yang dapat kita lakukan bagi memantau anak-anak:

1. Meletakkan komputer di kawasan awam seperti ruangan keluarga, bukan di bilik anak-anak. Mudah untuk kita mengawasi. Kurangnya privasi di ruangan ini menghalang anak-anak meneroka terlalu lama, laman-laman web yang mencurigakan, sekiranya mereka terserempak dengannya.

2. Mengadakan akaun untuk setiap anak-anak dan menghadkan penggunaan mereka selama dua atau tiga jam bergantung kepada umur mereka. Bagi anak-anak saya, mereka dibenarkan mempunyai kata laluan sendiri, tetapi masa penggunaan komputer telah saya tetapkan.

3. Menggunakan ‘software’ penapisan laman web seperti Net Nannyyang boleh digunakan bagi menghalang anak-anak mengakses laman web lucah dan banyak lagi laman picisan hiburan. Harga ‘software’ ini dalam lingkungan RM100-200 setahun tetapi pelaburan yang berbaloi mengambil kira kemajuan teknologi yang tak dapat dielakkan.

4. Pengawasan dan pencegahan amat penting untuk anak-anak. Sehubungan itu saya berterus terang dengan anak-anak sebagai ibu dan ‘admin’ saya berhak meneliti sejarah penggunaan komputer mereka. Dari semasa ke semasa saya akan buat pemeriksaan mengejut untuk melihat laman yang telah mereka akses.

5. Bagi telefon pintar dan iPad, sebolehnya adakan kata laluan, dan awasi penggunaan Youtube yang digemari anak-anak. Adakalanya, filem-filem yang berunsur pornografi telah dimuat naik ke dalam Youtube sepenuhnya.

6. Akhir kata, banyakkan berdoa agar ALLAH memelihara anak-anak kita dalam keadaan di mana kita tidak berupaya mengawasi mereka seperti di luar rumah. Kepada ALLAH kita bertawakkal selepas kita berusaha.

Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak memerhatikan kita.

Kelekaan kita dengan gajet pintar juga mungkin memberi mesej yang salah kepada mereka, bahawa berlama-lamaan dengan gajet adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan, dan bukannya berinteraksi sesama sendiri. Sebaiknya perlakuan kita menjadi suatu contoh yang diteladani dan diingati anak-anak kita seberapa lama yang boleh.

Cuba lihat bagaimana Ibn Abbas meriwayatkan melalui Imam Bukhari di mana beliau mengingati contoh baik yang ditunjukkan sewaktu usianya masih kecil:

“Aku bermalam di rumah bibiku, Maimunah dan melihat Rasulullah SAW bangun. Setelah berada pada sebahagian malam, beliau bangun dan berwudhu ringan dengan air dari dalam kantung kulit yang digantung di dinding kamarnya. Setelah itu, beliau pun mengerjakan solat malam. Aku pun ikut bangun dan berwudhu dari tempat air yang digunakan oleh beliau. Kemudian aku berdiri solat di samping kiri beliau, lalu beliau memindahkanku ke samping kanannya…”



Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita Isma

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/asas-tangani-akses-anak-anak-kepada-pornografi-1.227350

Tiada peperiksaan ulangan Matematik 2

5 Disember 2013

SPM

KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 tidak perlu menduduki semula kertas soalan Matematik 2.

Keputusan itu dibuat berikutan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati tiada kebocoran soalan berlaku bagi kertas tersebut ketika peperiksaan berlangsung pada 18 Nov lalu, menurut kenyataan dua para lembaga itu.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam sidang media mengumumkan hasil siasatan itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyiasat laporan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 22 Nov lalu dan telah memanggil 56 saksi  untuk memberi keterangan, termasuk pelajar yang menyertai seminar yang didakwa soalan kertas itu dibocorkan.

Siasatan mendapati seminar itu yang dianjur pada 17 Nov lepas, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan bermula hanya membincangkan tentang kertas soalan beberapa tahun lepas serta beberapa soalan ramalan, katanya. - Bernama

sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/tiada-peperiksaan-ulangan-matematik-2-1.227634

Sabtu, 30 November 2013

Proton lancar Persona SV selepas Saga SV


  • ProtonModel Wani Abdullah bergambar bersama kereta Proton Persona SV yang baru selepas majlis pelancaran di tempat letak kereta Stadium Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.
  
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli.
  
Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola!  Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini.
  
Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan  dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan, katanya.
  
Model ini juga dilengkapi rim aloi 15 inci dan didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam  (tranquility black), gangsa (bronze garnet), perak (genetic silver), merah api (fire red), hijau (chiffon green), dan biru Atlantik (Atlantic Blue).
  
Beliau juga berkata jaminan untuk model ini sama seperti model Persona sebelum ini iaitu selama dua tahun atau 50,000 km.
  
Persona SV ditawarkan pada harga serendah RM44,938 seunit sehingga RM50,388, bergantung kepada warna, lokasi jualan dan sistem transmisi, berbanding model Persona sebelum ini yang dijual antara RM47,000 dan RM51,150.
  
Lukman berkata pengeluaran model Persona SV ini dibuat sempena kejayaan Proton mengeluarkan lebih setengah juta unit model Persona sejak dilancarkan pada 2007.
  
Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Hisham Othman pula berkata Proton menyasarkan 2,400 unit Persona SV sebulan.
  
"Kami percaya kami boleh mencapai sasaran ini malah lebih lagi seperti  yang dialami dalam penjualan Saga SV," katanya.
  
Lukman berkata setakat ini tempahan bagi model Saga SV mencecah 42,000 dan hampir 30,000 unit telah dihantar kepada pelanggan manakala jualan bagi model Saga, termasuk SV sebanyak 78,000 unit sebulan.
  
Beliau juga berkata model baharu Proton dijangka menemui pengguna di Malaysia pada separuh pertama tahun depan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
  
Mengenai Karnival Pandu Uji yang bermula hari ini, beliau berkata ia merupakan antara strategi Proton untuk menarik pembeli kereta masa kini yang semakin berpengetahuan mengenai kereta dan memerlukan pengalaman memandu uji sesebuah kereta sebelum membuat keputusan pembelian.
  
Bagi tujuan itu, beliau berkata Proton menyediakan 79 kereta daripada model Suprima S,  Preve, Saga, Satria Neo dan Inspira.
  
Proton turut menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk pembelian model terpilih sempena karnival itu. - Bernama

sumber:http://www.sinarharian.com.my/proton-lancar-persona-sv-selepas-saga-sv-1.226046

Ahad, 10 November 2013

KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS


  • kppk
 1 / 1 
KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata, prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.
 
Hashim berkata, KPPK juga menolak pelaksanaan E-Prestasi, yang sepatutnya dilaksana pada 2015 namun dipercepat ke tahun ini, bagi menilai prestasi guru kerana masih ramai yang kabur tentangnya.

E-Prestasi menimbulkan rungutan bukan sahaja dalam kalangan guru malah pengetua dan guru besar kerana mereka sering dipersalah jika sistem itu gagal menghantar laporan kepada kementerian.

"Sebaiknya sebelum melaksanakan apa jua sistem, keberkesanannya perlu diuji dan bukan menyalahkan guru apabila terdapat kegagalan," katanya.

Beliau juga berkata, KPPK bimbang pelaksanaan sistem yang menyukarkan akan menyebabkan guru tertekan sehingga memberi kesan negatif terhadap tugasan dan pelajar mereka. - Bernama

Jumaat, 8 November 2013

PANDUAN ASAS VLE FROG

PANDUAN ASAS VLE FROG PELAJAR


PANDUAN MEMBINA SITE PEMBELAJARAN

Bagaimana mengedit dashboard anda

Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran & Pengajaran

Cara-cara berkongsi laman/sumber PDP

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KALENDAR ANDA


LAIN2 VIDEO AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN......continue


Maahad Tahfiz, Kafa Menengah setiap daerah

Selangorku,08 Nov 2013
BANGI: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri ini.

Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

“Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar. 

sumber: harakahdaily

Ahad, 22 September 2013

30 pesanan Imam Syafie

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE
  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

sumber:harakahdaily

Jumaat, 23 Ogos 2013

Unitar mahu kembang operasi ke Pantai Timur (Felda Jengka)


  • Hala tuju UnitarLogo baru Unitar.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar), menyasar mengembangkan operasinya di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang dan Terengganu.
  
Universiti tersebut mencatatkan satu peristiwa penting hari ini susulan perpindahannya ke kampus baru bernilai RM20 juta di Kelana Jaya, Petaling Jaya, dari Sunway.
  
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata sehingga sekarang, Unitar memiliki sembilan pusat wilayah di seluruh negara, tetapi tidak ada satu pun di pantai timur.
  
"Pada awal tahun depan, kami akan membuka dua di Pahang dan sebuah lagi di Terengganu.
  
"Kami merasakan kedua-dua negeri ini mempunyai potensi. Tumpuan di Pahang ialah di kawasan Felda Jengka di sana," katanya kepada Bernama semalam selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pearson Malaysia Sdn Bhd.
  
Wan Ahmad berkata Unitar mencari rakan kongsi untuk membuka pusat di Jengka kerana ia kemungkinan tanah rancangan Felda terbesar di Malaysia, untuk memanfaatkan sejumlah besar golongan belia di sana.
  
Beliau berkata semua dokumen bagi membuka pusat wilayah di Pahang dan Terengganu telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk kelulusan.
  
Sementara itu, MoU Unitar dengan Pearson Malaysia, penyedia program pembelajaran elektronik, disasarkan untuk menukarkan landskap pengajian tinggi di Malaysia.
  
Di bawah kerjasama itu, Pearson Malaysia akan menyediakan bahan pengajaran seperti e-buku dan mylabs, untuk digunakan dalam persekitaran pembelajaran maya universiti itu.
  
E-buku ialah format yang boleh dimuat turun kepada tablet pelajar, dan diberikan kepada mereka apabila mendaftar di universiti itu.
  
Mylabs ialah persekitaran pembelajaran yang menumpukan kepada pembelajaran peribadi.   

"Kami mahu menggabungkan kedua-dua konsep bagi pengalaman pembelajaran yang lebih baik, di samping membolehkan pelajar dan ahli akademik menggunakan sepenuhnya peralatan digital," kata Wan Ahmad.
  
Beliau juga berkata terdapat rancangan untuk bekerjasama dengan universiti luar negara bagi menawarkan program ijazah bersama di masa depan. - Bernama


sumber: sinar

Selasa, 20 Ogos 2013

Panduan Menghadapi Peperiksaan Percubaan & SPM 2013

on July 23, 2013
Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan Panduan Menghadapi Peperiksaan - sebelum, semasa dan selepas. Mudah-mudahan dengan panduan ini calon-calon akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin. 

* Entri ini pernah diterbitkan pada tahun 2012. Saya republish untuk panduan calon bagi peperiksaan percubaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sehari sebelum peperiksaan

1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
 
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
 
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

Semasa hari peperiksaan

1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.

2. Jangan lupa untuk bersarapan.

3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c)  Slip peperiksaan

4. Salam dan cium tangam ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.

5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

Di dewan/kelas peperiksaan

1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 

2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 

4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.  

5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.

Sumber http://www.ciklaili.com/2012/10/panduan-menghadapi-peperiksaan-pmr-sma.html#ixzz2cWYGjxAO

PROTON SUPRIMA 2013 GALERY

GALERY SUPRIMA










KUALA LUMPUR - Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi "pembawa perubahan" dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini.

   
Ia berkata pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran. 
   
"Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota.
   
Variasi Proton baru itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama yang lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000.
   
Bank itu mengekalkan penarafan "beli" bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36. - Bernama




Jumaat, 16 Ogos 2013

Masjid Yang Jarang Kita Lihat – Masjid “Anggap Saja Sudah Makan”

masjid-sanki
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membina sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Sanki Yedim Camii” (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang sangat berharga bagi kita.
Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggir bandar Istanbul Turki
Ceritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak ‘dan sangat sederhana, namanya sakir efendi’ (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “Sanki Yedim”.
Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol) … Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membina sebuah masjid.Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandakan dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Masjid Sanki Yedim dibina di pinggirian bandar Istanbul Turki
Akhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-ciatanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membina sebuah masjid dan berjaya dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahawa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri,mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin boleh membangunkan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan mempunyai pendapatan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan kemudahan hidup lain yang boleh dibina? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa perlu meminjam dari tabung Negara Jamaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?



Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketika mana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda SEOrang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid". 

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".

Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan SEOrang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".

Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Selasa, 13 Ogos 2013

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri..

Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..
Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.
Marah seorang Suami…
“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan. 
Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.
Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...