- FEB 25, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan kelmarin.
"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid. - Bernama