Cukuplah Sekali-JJ

Sabtu, 31 Januari 2015

RON95, diesel kini RM1.70 seliter

8:31PM - 31 Jan 2015



Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Perkara itu disahkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam tulisan di Twitter.

Katanya, penjimatan daripada penurunan harga bahan api itu akan dapat digunakan untuk perbelanjaan pengguna.

"Wang lebih untuk belanja lain atau tambah pelaburan," katanya.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga itu akan diselaras lagi mengikut perkembangan semasa.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya

Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...