Astro Publication |Kemas kini:April 18, 2015
(Diterbitkan pada: April 18, 2015 12:32 MYT)
Read more at:http://drebar.astroawani.com/detail/model-model-bmw-baharu-di-bmw-world-malaysia-58136?cp
Seperti yang kami nyatakansebelum ini, BMW Group Malaysia mengambil kesempatan sewaktu BMW World Malaysia ini untuk melancarkan secara rasmi beberapa model baharu untuk jenama-jenama di bawahnya: BMW, MINI dan Motorrad.
Bukan itu sahaja, bagi yang sudah tersangkut dan ingin membeli mana-mana kenderaan di bawah BMW Group Malaysia, ada pengedar yang sedia untuk berbincang dengan anda. Peluang untuk memandu uji juga ada disediakan.
Dan untuk mengulang kembali – “BMW Group Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula harga semua kenderaan keluarannya, termasuk Motorrad. Hasilnya, harga model BMW dan MINI turun sehingga 1.9%. Sementara harga BMW Motorrad pula turun sehingga 18%.”
X6
Generasi kedua SUV X6 – ataupun BMW namakannya sebagai SAC atauSport Activity Coupe– ini mempunyai rekaan yang sudah matang. Ia tidak lagi terlalu agresif, satu perkembangan yang sihat untuk mata kami.
Varian tunggal yang dijual di Malaysia adalah X6 xDrive35i M Sport yang baharu sahaja diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan dilengkapi enjin petrol 6-silinder sebaris dengan sesaran 2,979cc. Didesak dengan teknologi TwinPower (turbo skrol berkembar), ia mengeluarkan 306hp antara 5,800rpm-6,400rpm manakala tork pula adalah 400Nm dari 1,200rpm hinggalah 5,000rpm. Designasi xDrive bermakna bahawa varian ini memutar kesemua tayar. Transmisi adalah automatik 8-kelajuan.
Pecutan 0-100km/j dicapai dalam masa 6.4 saat dan kelajuan maksimum adalah 240km/j. BMW mendakwa bahawa penggunaan petrol adalah serendah 8.6 liter/100km.
BMW X6 xDrive35i M Sport ini dijual dengan harga RM718,800 (harga atas jalan tanpa insurans).
2 Series Active Tourer
Secara dasarnya, model ini tidak sepatutnya wujud kerana lebih kurang 10 tahun lepas, BMW pernah berkata bahawa mereka tidak akan bertindak mengeluarkan sebuah kenderaan ala-MPV, ataupun apa-apa yang mempunyai pacuan roda hadapan. Tetapi, itulah 2 Series Active Tourer ini.
Namun, bagi@EncikEditorDrebar.my sendiri, 2 Series Active Tourer telah direka dengan agak baik, cukup untuk memberikannya kelebihan kepada mereka yang mempunyai keluarga yang kecil.
Kelebihan pertamanya adalah keluasan kabin yang memuaskan walaupun saiznya jika dilihat dari luar tidak begitu besar. Kapasiti penyimpanan barangan adalah antara 468 liter hinggalah 1,510 liter dengan hanya melipat kerusi belakang.
Kerusi belakang ini juga boleh ditolak dan ditarik mengikut ruang kaki penumpang yang diperlukan. Di Malaysia, varian yang dijual adalah 218i.
Dengan itu, ia mempunyai enjin enjin generasi terbaharu oleh syarikat – 3-silinder, 1,499cc juga dengan pengecas turbo TwinPower. Kuasa yang disalurkan ke kotak gear automatik 6-kelajuan adalah 136hp pada 4,400rpm dan 220Nm antara 1,250rpm hingga 4,300rpm.
Kadar penggunaan petrol adalah 5.2 liter/100km. Pecutan 0-100km/j adalah 9.2 saat dengan kelajuan maksimum 205km/j.
Terdapat dua pilihan trim yang boleh dipilih iaituStandarddanLuxury Line.
BMW 218i Active Tourer dijual pada harga RM218,800 (harga atas jalan tanpa insurans). PilihanLuxury Lineadalah penambahan RM30,000.
i8
Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu, sesuai sebagai kedudukannya sebagai sebuahsupercar. Ia juga adalah antara kereta berprestasi tinggi alaf baharu yang menggabungkan teknologi pacuan terkini jenis hibrid beserta teknik pembuatan yang belum pernah dipraktikkan pada skala sebesar ini.
Enjin petrol yang digunakan mempunyai sesaran 1,499cc, 3-silinder (serupa dengan enjin yang dipasang pada 218i di atas), tetapi mendapat pendorongan tambahan daripada sebuah elektrik motor. Beza daripada cara enjin 3-silinder ini berfungsi pula adalah jauh berbeza.
Ouput enjin petrol dinaikkan kepada 231hp dan kesemuanya pergi ke roda belakang. Motor elektrik yang menghasilkan 131hp pula pergi ke roda hadapan, memberikan pacuan semua roda bila perlu. Bateri litium-ion yang menyimpan cas untuk motor elektrik ini boleh dicas menggunakan soket elektrik biasa di rumah.
Output keseluruhan berjumlah 362hp dengan tork sebanyak 570Nm.
Sistem hibrid yang dibangunkan BMW ini sendiri dikatakan mampu untuk memacu i8 ini sehingga jarak 37km pada kelajuan maksimum 120km/j hanya dengan kuasa elektrik. 0-100km/j mengambil masa 4.4 saat dengan kadar penggunaan petrol yang mengkagumkan: 2.1 liter untuk setiap 100km.
BMW i8 ini berharga RM1,188,000 (harga atas jalan tanpa insurans).
MINI JCW
NamaJohn Cooper Worksatau JCW adalah yang terpenting apabila berkaitan MINI yang berkuasa tinggi. Secara ringkasnya, ia membekalkan lebih potensi keseronokan kepada sebuah MINI melalui enjin lebih berkuasa dan beberapa langkah talaan pada, sebagai contoh, sistem suspensi.
Enjin yang digunakan kini adalah yang paling berkuasa untuk model pengeluaransyarikat ini: 231hp dan tork sebanyak 320Nm. Angka tork ini adalah 23% lebih daripada model JCW yang digantikannya. Di Malaysia, kotak gear standard yang digunakan adalah automatik 6-kelajuan.
MINI JCW ini dijual pada harga RM288,888.
Motorrad
Untuk cabang 2 roda oleh BMW Group, dua model yang diperkenalkan adalah R 1200 R dan juga S 1000 RR.
R 1200 R adalah motorsikal cruiser/touring yang dilengkapi enjin ‘boxer’ berkembar dengan kapasiti 1,170cc yang menjana 125hp dan 125Nm. Harganya adalah RM91,900 (atas jalan tanpa insurans).
Model S 1000 RR pula dipasang enjin dua silinder, 999cc yang menghasilkan 199hp dengan tork sebanyak 113Nm. 0-100km/j hanya mengambil masa 3.1 saat. Harganya adalah RM108,900 (atas jalan tanpa insurans).