![]() | Orang Islam. |
![]() | Menghadap arah Kiblat |
![]() | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. |
![]() | Akil baligh |
![]() | Melihat atau mendengar. |
![]() | Jaga (tidak tidur) |
![]() | Sudah masuk waktu sembahyang. |
Syarat Sah Sembahyang
![]() | Sesudah masuk waktu sembahyang. |
![]() | Menghadap ke arah Kiblat. |
![]() | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). |
![]() | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. |
![]() | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. |
![]() | BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. |
![]() | NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. |
![]() | TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. |
![]() | MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. |
![]() | RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. |
![]() | IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk. |
![]() | SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. |
![]() | DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. |
![]() | DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. |
![]() | MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. |
![]() | MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. |
![]() | MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. |
![]() | TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. |
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
![]() | Batal Wuduk. |
![]() | Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). |
![]() | Terbuka Aurat. |
![]() | Melangkah, tiga langkah berturut-turut. |
![]() | Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. |
![]() | Tertawa Terbahak-bahak. |
![]() | Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. |
![]() | Berubah Niat. |
![]() | Mendahulu Imam sampai dua rukun. |
![]() | Meninggalkan rukun Sembahyang. Sumber: https://zakatsel.com.my/baru/ibadah/rukunsolat.asp |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.