Cukuplah Sekali-JJ

Ahad, 25 November 2012

Hebatnya Ketabahan Nabi Ayub a.s


Saudari-saudara sekalian , masihkah kita ingat kisah perjuangan dan ketabahan seorang Nabi yang bernama Ayub a.s. Begitu tersentuh kala mendengar kisah Nabi Ayub a.s yang telah disampaikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa ketika di rancangan Halaqah sentuhan Qalbu yang berjudul 'Nota deritaku'.
Izinkan saya untuk berkongsi atas nama cinta kepada Allah.
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa..

Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.

Khasiat Kopi


Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.
Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).
Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.
Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.
Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.
Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.
Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.
Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."

Rahsia Purba Atasi Perut Buncit


Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit.  Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.
Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya 'disebut' sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat 'senyuman' daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!
Jika lelaki akan menerima perlian...
"Besar pouch bag awak.. apa isinya?".
Kalau perempuan pula lagi segan..
"Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya"
Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di 'kebas'. Itu yang susah tu.
Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% ... agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,
Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif. 
Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.
Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1%  iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.

Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.
Step 1 : Kempiskan perut buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?"
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?
Step 2 : Bakar lemak perut buncit
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)
Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.
Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)
Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan. 

Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa.  Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..
Selamat mencuba!^^

Isnin, 5 November 2012

Tanda-tanda anda menghidapi penyakit Gout

4 Nov - "gout" berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout di akibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.

Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. 

Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. 

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin. 

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan. 

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. 

Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, penyakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, kekerapan serangan pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya. 

Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki. 

Rawatan penyakit ini melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit untuk keluar dari kesakitan penyakit ini.

Sumber:http://my.entertainment.yahoo.com/news/tanda-tanda-anda-menghidapi-penyakit-gout-233029549.html

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...