22 Januari 2013
NAMA Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi bukan lagi nama asing dalam persada dakwah tempatan. Malah, sejak diumumkan sebagai naib juara program realiti islamik popular, Imam Muda musim pertama, dia sering menerima jemputan untuk memenuhi undangan ceramah, motivasi dan sebagainya.
Tidak terhad memberi ceramah, Hizbur Rahman bersama Imam Muda yang lain pernah tampil dengan album Cahaya Atas Cahaya, tahun lalu, dan kini mempertaruhkan album solo berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim hasil kolaborasi bersama UNIC Records.
Menerusi album tersebut, Hizbur Rahman mengalunkan bacaan surah-surah Ha Mim yang terdiri daripada lima surah iaitu Al-Fussilat, Asy-Syura, Az-Zukhruf, Ad-Dukhan dan Al-Jathiyah serta turut diselitkan bacaan Al-Fatihah.
Menurutnya, dia memilih surah Ha Mim untuk dimuatkan dalam album itu kerana ianya belum pernah dilakukan mana-mana penyanyi nasyid yang lain.
“Selain daripada menampilkan kelainan, setiap surah yang ada dalam album ini juga dibacakan dengan lagu yang berlainan supaya orang tidak jemu mendengarnya.
“Semua surah yang ada memiliki kelebihannya sendiri, di mana ia menceritakan tentang sihir, syurga, neraka dan sebagainya.
“Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Proses pembikinan album ini dijalankan pada hujung Oktober dan ia siap sepenuhnya dalam masa sebulan lebih,” ujarnya kepada Zass.
Hizbur Rahman turut berharap album keduanya ini mendapat tempat di hati masyarakat seterusnya beri kesan dan ketenangan kepada pendengar. Di samping itu, katanya, album ini juga sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, selain mudah untuk di bawa ke mana–mana.
Anjur program celik tajwid
Menyentuh mengenai perkembangan semasanya, Hizbur Rahman memberitahu, selain sibuk memenuhi undangan ceramah mahupun motivasi, dia bakal menganjurkan satu program yang dikendalikan di bawah syarikatnya, IM Hizbur Management & Consultant.
Menurutnya, program yang diberi nama Roda Putar 30 Detik ini dianjurkan untuk mendidik masyarakat mengenali tajwid.
“Fokus kami adalah untuk golongan veteran yang boleh membaca kitab suci al-Quran untuk mengenali tajwid dengan lebih baik.
“Buat masa ini, program tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dan mungkin akan dijalankan dalam masa yang terdekat,” jelasnya.

sumber:sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.