Cukuplah Sekali-JJ

Sabtu, 30 November 2013

Proton lancar Persona SV selepas Saga SV


  • ProtonModel Wani Abdullah bergambar bersama kereta Proton Persona SV yang baru selepas majlis pelancaran di tempat letak kereta Stadium Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.
  
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli.
  
Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola!  Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini.
  
Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan  dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan, katanya.
  
Model ini juga dilengkapi rim aloi 15 inci dan didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam  (tranquility black), gangsa (bronze garnet), perak (genetic silver), merah api (fire red), hijau (chiffon green), dan biru Atlantik (Atlantic Blue).
  
Beliau juga berkata jaminan untuk model ini sama seperti model Persona sebelum ini iaitu selama dua tahun atau 50,000 km.
  
Persona SV ditawarkan pada harga serendah RM44,938 seunit sehingga RM50,388, bergantung kepada warna, lokasi jualan dan sistem transmisi, berbanding model Persona sebelum ini yang dijual antara RM47,000 dan RM51,150.
  
Lukman berkata pengeluaran model Persona SV ini dibuat sempena kejayaan Proton mengeluarkan lebih setengah juta unit model Persona sejak dilancarkan pada 2007.
  
Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Hisham Othman pula berkata Proton menyasarkan 2,400 unit Persona SV sebulan.
  
"Kami percaya kami boleh mencapai sasaran ini malah lebih lagi seperti  yang dialami dalam penjualan Saga SV," katanya.
  
Lukman berkata setakat ini tempahan bagi model Saga SV mencecah 42,000 dan hampir 30,000 unit telah dihantar kepada pelanggan manakala jualan bagi model Saga, termasuk SV sebanyak 78,000 unit sebulan.
  
Beliau juga berkata model baharu Proton dijangka menemui pengguna di Malaysia pada separuh pertama tahun depan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
  
Mengenai Karnival Pandu Uji yang bermula hari ini, beliau berkata ia merupakan antara strategi Proton untuk menarik pembeli kereta masa kini yang semakin berpengetahuan mengenai kereta dan memerlukan pengalaman memandu uji sesebuah kereta sebelum membuat keputusan pembelian.
  
Bagi tujuan itu, beliau berkata Proton menyediakan 79 kereta daripada model Suprima S,  Preve, Saga, Satria Neo dan Inspira.
  
Proton turut menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk pembelian model terpilih sempena karnival itu. - Bernama

sumber:http://www.sinarharian.com.my/proton-lancar-persona-sv-selepas-saga-sv-1.226046

Ahad, 10 November 2013

KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS


  • kppk
 1 / 1 
KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata, prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.
 
Hashim berkata, KPPK juga menolak pelaksanaan E-Prestasi, yang sepatutnya dilaksana pada 2015 namun dipercepat ke tahun ini, bagi menilai prestasi guru kerana masih ramai yang kabur tentangnya.

E-Prestasi menimbulkan rungutan bukan sahaja dalam kalangan guru malah pengetua dan guru besar kerana mereka sering dipersalah jika sistem itu gagal menghantar laporan kepada kementerian.

"Sebaiknya sebelum melaksanakan apa jua sistem, keberkesanannya perlu diuji dan bukan menyalahkan guru apabila terdapat kegagalan," katanya.

Beliau juga berkata, KPPK bimbang pelaksanaan sistem yang menyukarkan akan menyebabkan guru tertekan sehingga memberi kesan negatif terhadap tugasan dan pelajar mereka. - Bernama

Jumaat, 8 November 2013

PANDUAN ASAS VLE FROG

PANDUAN ASAS VLE FROG PELAJAR


PANDUAN MEMBINA SITE PEMBELAJARAN

Bagaimana mengedit dashboard anda

Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran & Pengajaran

Cara-cara berkongsi laman/sumber PDP

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KALENDAR ANDA


LAIN2 VIDEO AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN......continue


Maahad Tahfiz, Kafa Menengah setiap daerah

Selangorku,08 Nov 2013
BANGI: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri ini.

Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

“Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar. 

sumber: harakahdaily

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...