Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah
membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada
Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah
memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan
daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus
dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang
sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis
bayi adalah mutanajjis.
Keputusan (English):
The Ruling On Using Bacteria Extracted From Baby Faeces As Food Additive In Yogurt Making
Decision:
The 62nd Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 16th March 2004 has discussed the ruling of using bacteria extracted from baby faeces as food additive in yogurt making. The Committee has decided that culture bacteria extracted from any impure items (najis) as additive in yogurt is lawful with the condition that it has gone through separating and cleaning process that is in line with Shariah requirements. This is because the bacteria in baby faeces are mutanajjis (impure item).
Keterangan/Hujah:
Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas
yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun
bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains
menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap
sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan
kepada prinsip " setiap sesuatu pada asalnya adalah halal " dan " setiap sesuatu pada asalnya adalah harus " maka memanipulasi bakteria baik untuk menafaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat.
Sumber:jakim
Sumber:jakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.