Baru-baru ini telah tersebar risalah yang merupakan salinan terjemahan berkaitan Seruan Mengamalkan Vegetarian Oleh The Supreme Ching Hai International Association.
Risalah ini memuatkan beberapa saranan dan seruan Master Ching Hai
yang merupakan Mahaguru pertubuhan ini ke arah gaya hidup yang lebih
sempurna dalam usaha menyelamatkan dunia melalui pengamalan Vegetarian
yang diamalkan oleh sesetengah agama. Seruan ke arah Vegetarian ini
merupakan satu seruan yang telah dihantar ke seluruh dunia oleh The
Supreme Master Ching Hai International Association di samping menyeru
seluruh agama bersatu membasmi isu alkohol dan penyalahgunaan dadah.
Master Ching Hai berpandangan bahawa amalan Vegetarian dapat mengatasi
dan membasmi masalah-masalah yang melanda dunia pada hari ini. Beliau
telah memetik hujah-hujah berpandukan kitab suci agama-agama di dunia
ini seperti hadith, petikan ajaran Buddha Tibet, falsafah Taoisme,
ajaran Bahai, falsafah Cao Dai, Essene, Jainisme, Sikh, Zoroaster, Old
Testament Yahudi dan lain-lainnya.
Pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh beliau dengan berasaskan dalil dan hujah berasaskan petikan hadith adalah menyimpang dari kebenaran kerana hadith yang dinyatakan tersebut mengandungi keraguan dari segi matan, maksud serta huraiannya yang tiada kena mengena dengan seruan Vegetarian sama sekali.
Bagi menjawab isu seruan Vegetarian ini, Presiden Islamic Relief
Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India menyatakan di dalam
bukunya 20 Most Common Questions About Islam berkata :
If every human being was a vegetarian, it would lead to
overpopulation of cattle in the world, since their reproduction and
multiplication is very swift. Allah swt in His Divine Wisdom knows how
to maintain the balance of His creation appropriately. No wonder He has
permitted us to have the meat of the cattle.
Pemerhatian awal terhadap isu ini, dapat disimpulkan bahawa
hujah-hujah yang digunakan oleh Master Ching Hai dalam menyeru kepada
amalan Vegetarian adalah tidak berasas apatah lagi huraian kefahamannya
adalah jauh tersasar dari disiplin syarahan nas-nas agama.
Sebaliknya Al-Quran telah menghalalkan daging haiwan tertentu sebagai
rezeki yang dikurniakanNya kepada manusia sebagaimana firman Allah
menerusi surah Al-Maidah ayat 1 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman. Tunaikanlah janji. Dihalalkan kepadamu
(memakan) binatang-binatang ternakan kecuali yang akan disebutkan
(pengharamannya) kepadamu. (Halalnya binatang ternakan tersebut bukanlah
bermaksud) dibolehkan kamu berburu ketika kamu di dalam keadaan
berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendakki.”
Firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 5 :
“Dan binatang ternakan itu diciptakan olehNya untuk (diambil
manfaat) sebagai pemanas tubuh (sebagai pakaian) dan untuk kamu makan.”
Sumber:jakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen.