Cukuplah Sekali-JJ

Ahad, 5 Februari 2012

Masuk IPT, calon perlu aktif kokurikulum



5 Februari 2012
Datuk Saifuddin Abdullah
TEMERLOH - Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diingatkan supaya aktif dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, ini kerana terdapat di mana pelajar tidak dapat menyambung pelajaran dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum ketika persekolahan.

Menurutnya untuk memasuki universiti bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya seseorang pelajar memerlukan dua persediaan awal iaitu kelulusan akademik yang cemerlang dan 10 peratus pencapaian dalam kokurikulum.

"Tujuan utama bidang kokurikulum diberikan penekanan bertujuan melahirkan mahasiswa berjiwa kental, berkualiti tulen serta ketahanan diri dan bersedia menggalas tanggungjawab apabila diamanahkan.

"Kita mempunyai 20 buah universiti awam dan 80 buah universiti swasta di mana setiap pelajar mempunyai peluang untuk memohon sesuatu kursus dan perlu mengambil berat bidang kokurikulum supaya ia tidak menjadi satu penghalang bagi mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang disukai kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Program Jom ke Menara Gading 2012 anjuran Pertubuhan Anak-Anak Kerdau di sini, semalam. - Bernama

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/masuk-ipt-calon-perlu-aktif-kokurikulum-1.22074

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)   18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Bidara (Nama...